MP3 KULIAH UST DATO' HJ SHAMSURI HJ AHMAD: 2002-2013

Salam.

Kini anda berpeluang untuk memiliki koleksi mp3 kuliah Ust Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad dari tahun 2002 hingga tahun 2013 secara PERCUMA... melalui link muat turun yang terdapat di dalam blog ini.
Kuliah ini telah disusun mengikut turutan tahun dan bulan serta ianya merangkumi kuliah-kuliah dari Kitab Nurul Ehsan, Kitab Bahrul Madzi, Kitab Juzu Amma dan Kitab Muhimmah.


Yang menarik sekali, kuliah-kuliah ini juga turut dirakam bersama dengan Hadis Mukadimah yang selalunya dibaca dan diperjelaskan oleh Ust Shamsuri sebelum kuliah kitab dibaca.

Maka, janganlah lepaskan peluang KEEMASAN ini untuk mendapatkan koleksi kuliah Ust Dato Hj Shamsuri Hj Ahmad untuk menambahkan ilmu agama anda.

Semoga, anda dapat memperolehi ilmu yang berguna dan jangan lupa memaklumkan kewujudan blog ini kepada sahabat handai dan juga sanak saudara agar sama-sama kita dapat mendalami ilmu agama dengan lebih baik.

Jazakallahu khaian kathira.

Salam ikhlas dari IBNUABIDIN





19 comments:

Imran Malik said...

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syukur di atas usaha murni ini. Teruskan berkongsi koleksi-koleksi kuliah Ust Shamsuri ini lagi.

cikgusham said...

Salam Saudara Imran Malik. Jazakallahu khairan kathira atas perhatian tuan terhadap pengisian blog ini. InsyaAllah, sekiranya ada rezeki usia dan kesempatan masa, perkongsian ini akan diteruskan.

Anonymous said...

salam cikgu sham...boleh x bg email @ contact ust shamsuri kat email sy m.ashroffabdmunir@yahoo.com

nadia mustafa said...

alhamdulillah, boleh lah kami yang jauh ni dapat dengar ceramah agama. terima kasih ustaz

asmawi5565 said...

salam..semoga allah memberkati kamu..klu leh update kuliah yg lates lagi bagus..

cikgusham said...

Salam.

Jazakallahu khairan kathira atas sokongan anda semua. InsyaAllah saya akan masukkan kuliah yang terkini namun masa menjadi penghalang.

Kasih Sayang said...

Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara atas perkongsian yang sungguh bermanfaat ini.

Di sini, saya ingin mengutarakan satu cadangan. Jika tidak keberatan, bolehkah saudara mengecilkan saiz kuliah tanpa memotong sebarang kandungan sebelum dimuat naik untuk memudahkan proses muat turun, terutamanya kepada pengguna yang tidak mempunyai sambungan internet yang baik.

Terima kasih atas perhatian saudara!

cikgusham said...

Salam Kasih Sayang.
Jazakallah atas kunjungan saudara/i ke blog saya. Kandungan kuliah di blog ini telah saya kecilkan tetapi setakat ini saya belum jumpa lagi software yang boleh kecilkan fail tersebut ke format yang paling rendah. Sekiranya ada cadangan dari pihak saudara/i amat saya alu-alukan.

Kasih Sayang said...

Terima kasih saudara.

Ada satu perisian yang mungkin boleh membantu.

Saudara boleh muat turun MP3 Quality Modifier di .

Perisian ini adalah percuma dan tidak perlu install.

Saudara boleh mencubanya untuk mendengar hasilnya tanpa mengubah fail asal.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih

mohd ullu azmi yusof@hasan said...

Assalamualaikum cikgu sham...sebelum ni pernah terlihat ada koleksi lengkap kuliah ustaz shamsuri yang telah dikumpul dalam pendrive untuk di jual...tapi sekarang dah tak jumpa dah iklan tersebut...Jika ada mohon bantu kerana saya berminat untuk membelinya...terima kasih..

cikgusham said...

Salam mohd ullu azmi yusof@hasan.

Mengenai jualan kulaih di dalam thumbdrive, saya dah lama hentikan jualan. Sekiranya tuan berminat, insyaAllah saya akan usahakan. Call saya di talian 0199131623.

just call me ~ ms. ray said...

hari ini saya terjumpa blog ini alhamdulillah.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu Sham, saya amat minat pengajian kitab Dato' Ustaz Shamsuri kalau saya dengar saya salah satu anak murid us Shamsuri walaupun saya duduk di Bandar Baharu Kedah tapi malangnya masa tidak mengizinkan saya untuk mengikuti kelas kuliah agama setiap bulan di Parit Buntar Perak. Saya baca komen cikgu Sham proses kuliah agama MP3 ke dalam pendrive, memori kad SDHC saya pun nak beli.

...better to be unknown... said...

alhamdulillah, ana baru kenal ustaz Shamsuri pada tahun lepas, selepas kawan ajak ke kuliah ustaz di parit buntar. Sejak dgr ustaz tafsir Surah Al-Munafiqun mmg tertarik dgn kuliah ustaz. tambah bila boleh dapat koleksi ni lg rasa bersyukur. Ucapan terima kasih ana pada Cikgu sudi share siri kuliah secara percuma. Semoga Allah sahaja membalas jasa Cikgu.

Hamba Daif said...

Salam, saya juga sangat berminat dengan kuliah Ustaz Shamsuri sejak saya mula mendengar kuliah tersebut sejak tahun lepas.
Saya ingin memohon keizinan daripada cikgu untuk memuat naik koleksi kuliah yang dimuat turun daripada blog cikgu ke laman 4Shared.com.
Saya fikir jika kuliah ini disebarkan ke lebih banyak tempat dalam internet, lebih ramai yang ingin mencari ilmu dapat memanfaatkannya.
Semoga cikgu memberi keizinan.
Terima kasih.

cikgusham said...

Alhamdulillah. Niat baik tuan saya alu-alukan.

Anonymous said...

Semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah

ummu aisyah said...

Salam Cikgu, t.kasih di atas usaha murni cikgu ini. Semoga mendapat ganjaran yg baik dari usaha ini.
Untuk ceramah tahun 2012 blm siap lg ke cikgu?

T.kasih

Hamba Daif said...

Salam, bolehkah cikgu berikan e-mail Ustaz Shamsuri kepada saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau secara peribadi atas segala ilmu yang disampaikan.
Terima kasih juga kepada cikgu kerana telah memuat naik banyak kuliah beliau dalam blog ini.
Tolong hantarkan e-mail beliau ke email saya di:
hambadaif1@gmail.com

Jazakallahu khairan kathira.